12 August 2009

Puding DiRaja - Sajian Istimewa Daerah Pekan

Kali ini kawan ingin mempersembahkan sajian ini dalam bentuk yg lebih menarik bersesuaian dengan namanya. Isi kandungannya tetap sama. Bolehlah dihidangkan untuk jamuan keraian dipejabat, dirumah atau pun dimajlis perkahwinan terutama untuk meja pengantin.


Baru-baru ini kami menerima tempahan sebanyak 37 mangkuk daripada Yayasan Pahang. Bagi mereka yang ingin membuat tempahan disekitar KL dalam bilangan yg banyak kami akan menghantar tanpa mengenakan sebarang kos tambang.


07 August 2009

Bazaar Ramadan 09 @ Mahkota Square


Tahun ini adalah tahun ke3 kawan berniaga di Mahkota Square Kuantan. Seperti tahun2 yang lepas, persediaan awal telah pun dimulakan. Walaupun pada mulanya menghadapi masalah mendapatkan tapak tapi alhamdullillah dapat juga. Tapak ini dikelolakan oleh Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Daerah Kuantan. Walaupun sewa tapaknya mahal (RM500) dari yg disediakan oleh MPK tapi mereka menyediakan kemah, bekalan letrik, air dan berbagai lagi.

Kebersihan juga diambil berat memandangkan tapak ini berada di tengah2 bandar dan berdekatan dgn Masjid Besar Kuantan.


Tahun ini sahaja lebih kurang 200 tapak disediakan oleh PPDPKDK. Meningkat dari tahun ke tahun. Kali ini kawan dapat no. 187 dekat dataran Kerang. Datanglah kepada sesiapa yg ingin menikmati juadah dari Pekan. Kali ini terpaksalah kawan berulang alik keKuantan, tidak seperti tahun lepas kawan tinggal di Kubang Buaya yg mana perjalanan hanya mengambil masa 10 minit je.

Untuk tahun ini, seperti biasa kami menjual Puding Diraja, Puding Merdeka, Puding Buih, Puding Koktail, Puding Jagung, Caramel, Vanilla Flan dan Aneka Agar-Agar. Semua ini kawan buat sendiri, cuma Cream Puff dibuat oleh adik kawan (KakMan). Kawan tidak mengambil kuih drp orang lain (tumpang), yg mana termampu kawan buat.


Hari ini 17/08 semua peniaga bazaar Ramadan bagi daerah Kuantan ke Wisma Belia Indera Mahkota untuk mengambil permit masing-masing. Tapi pada tahun ini tiada taklimat diberikan kerana virus H1N1. Tiada maklumat tentang pertambahan jumlah peniaga ataupun kawasan yg baru. Peniaga hanya diberikan permit, apron dan alas meja.


Semalam sehari sebelum menjelang bulan Ramadan, kawan terpaksa ketapak bazaar untuk menyewa meja, lebih mudah dari membawanya dari Pekan. Satu meja beharga RM30.oo untuk 30 hari. Tapak kawan kali ini dibahagian penjuru, dekat dengan Dataran Kerang.


Hari Pertama Puasa - Keadaan tidak seperti tahun lepas, kurangnya pengunjung yg datang membeli, mungkin disebabkan virus H1N1. Kami para penjual dinasihatkan untuk memakai penutup mulut keselamatan oleh pihak MPK. Ah ... rimasnya.


Keadaan pengunjung yg datang untuk membeli dan berbuka puasa dipadang MPK1 bersebelahan bazaar dan Masjid Besar. Selalunya para2 suami akan mengerjakan ibadat Maghrib selepas berbuka.


Kawan sedang melayan pelanggan yg selalunya datang dari pejabat Kerajaan (Wisma Sri Pahang) berdekatan, bank-bank dan syarikat swasta.

Hari ini (06/09/09) 16 hari berpuasa. Kawan menerima kunjungan mengejut dari adik ipar (Dada) kawan bersama keluarganya dengan sekotak prune yg sepatutnya diposkan dgn bas. Pengunjung juga yg paling ramai kebazaar pd hari ini, jualan kami habis pd jam 6.15 petang.


Hari ini juga genap 19 tahun ulang tahun perkahwinan kawan. Sambut dipadang je dengan suami dan adik ipar. Ini pun pertama kali berbuka dipadang setelah bertahun-tahun berniaga diMahkota Square.

Pada (15/09/09) Persatuan Penjaja mengadakan Hari Penyampaian Sijil kepada Peniaga Cemerlang. Ia dibuat betul2 didepan gerai kawan. Sijil dan hamper ini diberikan berdasarkan berbagai kategori utk mendapat taraf gerai terbaik. Berdiri no.2 dari kiri Encik Akhbar Pengerusi Persatuan Penjaja.


Pada (17/09/09) 27 hari puasa, kawan terima keratan akhbar dari seorang pelangan setia. Keluaran (27/08/09) Sinar Harian edisi Pahang. Satelah 3 minggu baru kawan perasan gambar suami kawan menerima cenderahati daripada Encik Suhaimi Sulung dari Ahli Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) . Program yg diadakan pada hari tersebut adalah lanjutan drp Kempen Kesedaran Kebersihan Awam Bandar Kuantan.

Lim (Plastic Man) bersama barangan plastik yg ditempah oleh peniaga bazaar. Dia tidak mempunyai kedai, hanya sebuah lori dan seorang pekerja india. Dia menjual plastik seluruh pasar malam dlm daerah Kuantan setiap hari kecuali hari Jumaat. Musim ini saja kawan telah membeli sebanyak 3000 bekas 4 oz dan 4000 bekas 12 oz daripada Lim. Lim memang memudahkan peniaga Bazaar Ramadan diMahkota Sq. ni.


Dikesempatan ini juga kawan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan yg memberikan sokongan dan datang kegerai kawan. Kalau dipanjang umur mungkin dapat berjumpa ditahun depan.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Dan Batin
 

blogger templates | By Royal Pudding