Showing posts with label Kuih Tradisi. Show all posts
Showing posts with label Kuih Tradisi. Show all posts

19 February 2014

Produk Sampingan diTLK

 Puding Caramel

Rempeyek dari Pekan jugak
Chocolate Moist
Inilah produk2 sampingan yg kawan boleh adakan buat masa ni. Bukan senang nak bukak kedai ni. Perlukan masa dan kesabaran.

27 December 2012

Baulu Pekan

Tempahan drp caterer utk perasmian Muzium Pekan yang lalu.

11 November 2012

Keropok Lekor

Singgah sekejap di Kemaman membeli Keropok Lekor. Salah satu makanan kegemaran orang dipantai timur. Sekarang ni harganya telah mencecah sehingga RM24 sekilo.

21 June 2012

Kuih Tradisional @ Kraftangan





Terdapat pelbagai demonstrasi kuih2 lama saperti agar kering, wajik, pulut tetal, telor pindang, tahi itik, jala mas, bahulu, kerepek, vadde, masalode, maruku, laddu dan PDR kawan. Kunjungilah utk melihat dan merasai sendiri sajian tradisi yg mungkin tak diketahui sebelum ini.

16 March 2012

Kuih Lempung







Juga dikenali dgn panggilan Batang Keramat / Batang Balak. Inilah produk pertama kawan 3 tahun yg lepas. Beserta dgn Roti Naik kawan hantar kedai makan sekitar Pekan.

21 May 2011

Bingka Ubi


Bahan-Bahan

450g ubi kayu – diparut dan diperah airnya

150g kelapa parut – tanpa kulit ari

6 helai daun pandan – dikisar dengan ½ cawan air dan ditapis

800g gula kabung

10 biji telur kuning – dipukul sedikit

250g mentega – dilembutkan pada suhu bilik

½ sudu teh garam

Cara Memasak

Masak gula kabung bersama air daun pandan sehingga gula larut. Angkat dan tapis.

Kacau ubi, kelapa parut dan air gula kabung sehingga sebati.

Masukkan kuning telur, mentega dan garam. Kacau dengan sebati.

Bakar dalam ketuhar selama 30-40 minit pada suhu 150°F.

Via Majlis Daerah Pekan

14 March 2011

Seri Kaya Nangka


Bahan-bahan

  • 250g isi nangka masak – dipotong dadu kecil
  • 6 biji telur
  • 100g gula pasir
  • 550g kelapa parut
  • 3 helai daun pandan – digiling halus
  • 1 cawan air

Cara memasak

  • Ramas daun pandan yang digiling halus bersama telur, kelapa parut dan air. Perah untuk mendapatkan santan pekat. Tapis dan campurkan gula. Gaul sehingga gula larut.
  • Masukkan nangka ke dalam mangkuk. Tuangkan santan pekat dan kukus sehingga masak.
  • Boleh dimakan begitu saja, dengan pulut atau roti.
Sajian tradisi daerah Pekan ini sumbangan Majlis Daerah Pekan.

26 January 2011

Pulut Panggang

Pulut panggang ni lain dari tempat lain, dipantai timur intinya dibuat dari isi ikan sahaja. Dulu RM1 dapat la 2 atau 3 batang tapi sejak harga barang naik dah jadi seringgit. Sabor je la ...

Bahan-bahan

  • 1kg beras pulut
  • 5 cawan santan pekat – diperah dari 1.2 kg kelapa parut
  • Daun pisang (untuk membungkus)
  • Lidi – dipotong 2.5sm panjang (untuk membungkus)
  • Garam

    Untuk Lauk

    • Inti Ikan
      • 350g ikan selar kuning – direbus dan diambil isi
      • 150g bawang besar – dibelah dua dan dihiris
      • 20g bawang merah
      • 20g atau 2.5sm halia
      • 1 batang serai
      • 1½ sudu teh halba
      • 1 cawan santan
      • Garam
    • Inti Daging
      • 300g daging lembut – dicincang halus
      • 150g bawang besar – dibelah dua dan dihiris
      • 20g bawang merah
      • 20g atau 2.5sm halia
      • 1 batang serai
      • 1½ sudu teh halba
      • 1 cawan santan
      • Garam

Cara Memasak

Pulut

Basuh beras pulut dan rendam selama 3 jam. Kemudian kukus pulut sehingga masak dan arun dengan cawan santan pekat. Bubuh garam secukup rasa dan gaul dengan rata. Ketepikan.

Inti

Giling ikan atau daging sehingga lumat bersama dengan bawang merah, halia dan serai. Masak bersama bawang besar, halba dan santan pekat yang selebihnya. Kacau sentiasa sehingga kering. Sesuaikan rasa.

Cara menghidang

  • Letak pulut di atas daun pisang. Sudukan inti ikan atau daging kemudian bungkus bulat-bulat dan kemas seperti pulut panggang. Bakar atas bara api lebih kurang 10 minit sehingga masak.

20 January 2011

Roti Naik

Boleh didapati disemua gerai yg menjual sarapan pagi sekitar Pekan ni. Dulu kawan biasa jugak buat roti ni ... tapi sekarang ni dah pencen. Tumpu pada yang satu je.

Bahan-bahan

  • 1kg tepung gandum3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • 375g gula halus
  • 5g serbuk ibu roti
  • 225g marjerin
  • 75g minyak sapi
  • Mentega untuk disapu ke atas roti
  • 2½ cawan air

Cara memasak

  • Larutkan serbuk ibu roti dalam air. Kacau dan biarkan sebentar.
  • Pukul gula halus bersama kuning telur sehingga sebati. Kemudian masukkan marjerin dan minyak sapi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga rata. Gaulkan tepung ke dalam aduan dan tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati. Adunan dibahagi tiga. Uli dan lambung setinggi 1/2m adunan tersebut sebanyak 100 kali bagi setiap adunan.
  • Setelah siap, satukan ketiga-tiga adunan tadi. Perap selama satu jam di tempat yang tidak berangin tetapi panas sehingga adunan naik.
  • Setelah itu, bulatkan adunan tadi setiap sebesar telur ayam dan aturkan ke dalam loyang. Jangan terlalu rapat kerana adunan tersebut akan naik lagi. Letakkan adunan tadi di tempat yang berangin tetapi panas untuk beberapa jam supaya adunan dapat naik lagi.
  • Bakar roti pada suhu ketuhar 150° F. Sapukan sedikit mentega di atas roti sejurus dikeluarkan dari ketuhar.
Sumber Majlis Daerah Pekan

07 January 2011

Ayam Golek Pekan

Bahan-bahan
  • 700g atau ½ ekor ayam
  • 50g air asam jawa
  • 1 biji buah keras
  • 2.5sm halia
  • 2.5sm kunyit hidup
  • 100g bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1sm lengkuas
  • 10g lada kering
  • 2 batang serai – dititik
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu teh halba
  • Garam dan gula

Cara memasak

  • Masak bahan-bahan kisar bersama santan, serai, halba, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa sehingga pecah minyak. Setelah separuh pekat, masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak.
  • Keluarkan ayam dan renehkan kuah dimasak sehingga pekat.
  • Bila siap, tuangkan kuah ke atas ayam dan dibakar atas bara api.
  • Ataupun isi ayam yang masak juga boleh disiat dan diletakkan ke dalam pinggan. Kuah kemudian dituang ke atasnya.
Sumber Majlis Daerah Pekan

19 December 2010

Laksa Pahang

Dua chap laksa cukup utk satu hidangan. Chap bermaksud satu gumpalan laksa dan hanya segelintir org yg pandai membuatnya dengan harga RM7 sekilo.


Bahan-bahan

  • 500g ikan tenggiri
  • 50g ikan tenggiri jeruk (masin)
  • 250g bawang merah
  • 80g bawang putih
  • 40g halia
  • 100g lada kering
  • 4 batang serai
  • 2 sudu makan biji ketumbar
  • ½ sudu makan jintan putih
  • ½ sudu makan jintan manis
  • 100g kelapa parut – dibuat kerisik
  • 3-4 cawan santan pekat
  • 1 cawan air rebusan ikan
  • Laksa beras atau laksa gandum

Untuk hiasan

  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Daun selasih
  • Timun – diparut halus
  • Tauge – dibuang ekor tetapi tidak dicelur
  • Bawang besar – dibelah dua dan dihiris nipis
  • Limau kasturi – dibelah dua dan dibuang biji
  • Telur masin – direbus, dibuang kulit dan dibelah empat
  • Sebuku belacan – dibakar sedikit
  • Lada kering – dilembutkan dan dikisar halus
  • Garam

Cara memasak

  • Ketumbar, jintan putih dan jintan manis digoreng berasingan tanpa minyak sehingga naik bau.
  • Kisar kerisik, bahan-bahan yang digoreng tanpa minyak dan rempah-rempah bersama 1½ cawan santan.
  • Ikan-ikan yang direbus dibuang kulit dan tulangnya. Kisar isi ikan bersama setengah cawan santan.
  • Masak kesemua bahan yang dikisar awal tadi bersama santan yang berlebihan dan air rebusan ikan. Masukkan ikan-ikan yang baru dikisar dan kacau. Reneh di atas api kecil sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
  • Laksa dihidang dengan ulam-ulam dan sambal bersama kuah.
Sumbangan dari Majlis Daerah Pekan

06 December 2010

Aneka Agar Agar


Restaurant Tepi Sungai at Tanah Merah selling food for juadah berbuka. The selection of food, kueh-mueh, bubur, lauk-pauk etc was amazing ... just look at the pictures.

07 August 2010

Kuih Tonjet


Tonjet is served either as an appetizer or a dessert, Kuih Tonjet is a traditional Pahang Malay dessert made entirely out of sweetened egg yolk. Another delightful dessert straight from the Royal kitchen of Pahang.



Bahan-bahan :

  • 15 biji telur besar – diambil kuning sahaja
  • 1kg gula
  • Daun pandan – disimpul
  • 5 cawan air

Cara memasak :

  • Masak gula bersama daun pandan dalam air sehingga pekat sedikit. Angkat dan tapis.
  • Pukul kuning telur sehingga kembang. Uji dengan menitikkan sedikit telur ke dalam air gula panas yang masih di atas api. Jikalau telur itu tidak boleh dibentukkan, pukulnya lagi.
  • Ambil sesudu teh adunan telur tadi dan tuangkan dengan perlahan ke dalam air gula yang mendidih. Ia akan berbentuk bulat. Ulangi proses sehingga adunan telur habis.
  • Biarkan ia masak seketika di dalam air gula sebelum diangkat.
  • Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.
  • Picit dengan tiga jari supaya ia berbentuk tiga segi dan bertonjet.


Telur Belangkas
Another delightful dessert straight from the Royal kitchen of Pahang. Telur Belangkas is usually served as part of a set of desserts alongside the Kuih Tonjet and Jala Emas.

04 August 2010

Dodol Telur


Bahan-Bahan :

  • 50 biji telur – diambil kuning sahaja
  • 500g mentega tanpa garam
  • 450g gula
  • 2-3 helai daun pandan – disimpul

Cara Memasak :

  • Tapiskan kuning telur dan pukul sedikit.
  • Masakkan kesemua bahan di dalam kuali tembaga bersama daun pandan. Kacau sentiasa sehingga pekat dan pejal. Keluarkan daun pandan.
  • Masukkan ke dalam acuan dan sepitkan bunga. Hias dengan buah ceri dan hidangkan.

19 July 2010

Urat Jati


Bahan-bahan

  • 30 biji telur
  • 425g gula halus
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara memasak

  • Pukul telur seketika dan tapis untuk membuang pusat putih telur. Campurkan dengan gula dan pukul sehingga sedikit kembang.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur sehingga sebati. Gaul rata dan pastikan ianya tidak bergentel.
  • Masukkan minyak sapi. Gaul sehingga sebati.
  • Panaskan kuali leper yang tidak melekat dan sapu dengan sedikit minyak sapi. Tuangkan sesenduk adunan tadi ke dalam kuali dan buat seperti kuih dadar. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Ulangi sehingga semua adunan habis.
  • Susun dua atau tiga keping sekali. Gulung kemas-kemas dan potong bulat setebal 2.5sm.

05 July 2010

Jeneral Mabuk

Jeneral Mahbob lebih dikenali dikalangan penduduk Pekan dgn panggilan Jeneral Mabuk. Pelikkan ... Kuih tradisional daerah ni susah hendak didapati dan kian dilupakan. Jarang boleh didapati dimajlis2 keraian.


Bahan-Bahan

  • 10 biji telur
  • 225g gula pasir
  • 2-3 sudu makan tepung beras – digoreng sehingga kekuningan, kemudian disejukkan
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 5sm kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • Sedikit pewarna kuning
  • Serbuk kayu manis

Cara Memasak

  • Masak gula bersama satu cawan air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan dan kulit kayu manis. Biar didih seketika kemudian sejukkan.
  • Pecahkan telur ke dalam santan dan pukul sehingga kembang sedikit. Tapis dan kemudian tuangkan bancuhan itu ke dalam air gula yang telah disejukkan tadi. Kacau sehingga sebati dan gaulkan bersama tepung beras. Masukkan sedikit pewarna kuning. Kemudian tapis dan tuang adunan ke dalam loyang besar berempat segi yang telah disapukan dengan sedikit mentega. Kukus adunan lebih kurang setengah jam sehingga masak.
  • Bila masak, taburkan sedikit serbuk kayu manis ke atas adunan dan dibiar sejuk. Kemudian, potongnya 2.5sm persegi dan masukkan ke dalam acuan kertas.

20 April 2010

Cream Puff

Cream puff ni adalah tempahan utk majlis perkahwinan. Kawan buat bersama dgn adik kawan Mai yg juga suka membuat kuih dan kek. Kami buat 1000 bekas hanya menggunakan mixer heavyduty KitchenAid.
 

blogger templates | By Royal Pudding