27 October 2009

Puding Diraja Kini DiKuantan

Cafe Sri Affa ini terletak berhampiran dengan Hotel Sri Malaysia (jalan menuju keTeluk Chempedak). Menghidang pelbagai jenis masakan tempatan dan juga Western. Specialitynya adalah steamboat. Disini, kawan paling suka makan Penang Char Kue Tiaw.


Bagi anda yg tinggal diKuantan bolehlah mendapatkannya diCafe ini. Buat masa ini kawan hanya menghantar PDR dalam bekas 10 oz. Mungkin boleh dipelbagaikan jika mendapat sambutan.


16 October 2009

Puding Diraja @ Bukit Gambang Resort City

Tempahan En. Rashid dan temannya dari Bera yg menghadiri kursus 5S diCaribean Bay.



Caribbean Bay Suites ini mempunyai 578 pelbagai bilik, 3 Ballroom dan 10 Meeting Rooms. Hanya RM188 untuk Studio Suite (2), Deluxe RM238 (3) dan Family RM328 (4).



Di Water Park terdapat Raft Ride, 6 Lane Racer Slide, Beach Wave, Aquaplay dan Glacier River. RM20 untuk dewasa sementara RM13 untuk kanak-kanak.

08 October 2009

Puding Raja Ke AADK

Hari ini kawan ke AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) utk menghantar tempahan Puan Norhapizah dan teman sepejabatnya. Tak pernah lagi kesana sejak ia berpindah ketapak baru di Indera Mahkota bersebelahan dengan Jabatan Imigressen Negeri.


Ini lah Kompleks Kementerian Dalam Negeri yg menempatkan Pejabat AADK, Jabatan Pendaftaran Negara, Jab Pendaftaran Pertubuhan, Rela, Bahagian Kawalan Filem & Bah Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran.


 

blogger templates | By Royal Pudding