20 March 2011

Puding DiRaja @ Ampang

Puding DiRaja kini terdapat di 36 Jalan Bukit Indah 3/7, Taman Bukit Indah, Ampang pada 02 hingga 04 April 2011. Untuk tempahan sila hubungi 09-9865010 dgn menyatakan jumlah bilangan yg dikehendaki. Untuk makluman kami tidak membuat penghantaran kerumah, untuk keAmpang sila rujuk arah tuju peta dibawah :-


View PDR @ Ampang PickUp Point in a larger map

14 March 2011

Seri Kaya Nangka


Bahan-bahan

  • 250g isi nangka masak – dipotong dadu kecil
  • 6 biji telur
  • 100g gula pasir
  • 550g kelapa parut
  • 3 helai daun pandan – digiling halus
  • 1 cawan air

Cara memasak

  • Ramas daun pandan yang digiling halus bersama telur, kelapa parut dan air. Perah untuk mendapatkan santan pekat. Tapis dan campurkan gula. Gaul sehingga gula larut.
  • Masukkan nangka ke dalam mangkuk. Tuangkan santan pekat dan kukus sehingga masak.
  • Boleh dimakan begitu saja, dengan pulut atau roti.
Sajian tradisi daerah Pekan ini sumbangan Majlis Daerah Pekan.

09 March 2011

PDR @ Standard Chartered



Jamuan rumah terbuka diStanChart KL sempena sambutan Hari Raya yg lepas. Konsep jamuan satu hidangan utk mewakili satu daerah. Puding Raja mewakili Negeri Pahang bagi sajian pencuci mulut. Tempahan sebanyak 200 menggunakan bekas yg lebih kecil dari kebiasaannya 10 0z.
Terima kasih kpd Cik Aida Haniza sudi mempromosikan sajian ini dan Selamat Menyambut HariJadinya hari ini.
 

blogger templates | By Royal Pudding