27 June 2011

Kuala Tahan

Percutian di Taman Negara semasa cuti sekolah yg lepas bersama keluarga adik ipar. Aktiviti yg dijalankan saperti Night Walk dlm hutan berdekatan dgn Mutiara Resort, mendaki Bukit Terisek sejauh 2.5 km kepuncak, Canopy Walk, menghilir Sg. Tembeling dan Sg. Tahan utk ke Lata Berkoh.

17 June 2011

Masjid Besar Pekan

Masjid baru ini terletak dipersimpangan antara Bandar Pekan - Paloh Hinai dan juga berhadapan dengan Hospital Besar Pekan. Walaupun belum dirasmikan tetapi telah digunakan pada awal tahun ini. Semua gambar via gayapeneroka.blogspot.com

10 June 2011

Puding Raja 10oz

Bagi warga Kuantan bolehlah mendapatkan PDR ni di Sri Affa Cafe Jalan Teluk Sisek, Kuantan Parade Food Court Ground Floor dan Museo Cafe Jalan Masjid Perkarangan Muzium Negeri. Buat masa ini kawan hanya menghantar PDR dalam bekas 10 oz. Penghantaran setiap hari Isnin dan Khamis.

03 June 2011

Masak Lemak Mumbang

Resipi Masakan Daerah Pekan - Sumber Dari MDPekan

Bahan-bahan

  • 400g mumbang kelapa muda – dihiris nipis-nipis
  • 5 cawan santan – diperah dari 550g kelapa parut
  • 2 sudu teh lada hitam
  • 50g bawang merah
  • 20g udang kering
  • 25g ikan bilis
  • 2.5sm kunyit hidup
  • 20g daun selasih
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam

Cara memasak

  • Masak semua bahan-bahan bersama di atas api kecil sehingga mumbang kelapa empuk dan santan menjadi pekat. Bubuh garam secukup rasa.
 

blogger templates | By Royal Pudding