29 August 2011

Salam AidilFitri



Salam AidilFitri buat semua followers dan blogger. Maaf Zahir dan Batin jika ada tersilap kata yg mungkin menyinggung perasaan. Semoga anda semua dilimpahi keberkatan dihari dan bulan yg baik ini. Selamat Hari Raya dari kawan sekeluarga diPekan.

23 August 2011

Puding Raja 0.5 Kg

Puding bersaiz sederhana 0.5kg sesuai utk hidangan 5 orang. Terdapat dalam bekas empatsegi ataupun bulat. Tempahan perlu dibuat 3 hari sebelum tarikh pengambilan.

19 August 2011

Puding Buih

Puding Buih juga salah satu sajian dari Daerah Pekan. Diperbuat dari putih telur yg dipukul halus dan dicampurkan gula bersama agar-agar yg telah dicairkan. Masukkan pewarna merah, kuning atau hijau bersama agar2 tadi. Untuk hidangan disajikan bersama kuah dari susu cair yg telah disejukkan terlebih dahulu.

15 August 2011

Puding Merdeka

Puding Merdeka atau lebih dikenali pegunjung dgn Puding Kastard ni dihidangkan bersama susu cair yg disejukkan. Terdapat juga fruit koktail dan natadecoco didalamnya. Sajian pencuci mulut ni ditempahan pengunjung utk jamuan berbuka di TLG@AU5. Harga bagi bekas besar adalah RM25 sementara yg kecil RM3.

07 August 2011

PDR @ Wangsa Melawati

Pengalaman pertama kawan berniaga di KL. Suasana mungkin berbeza dari Kuantan tapi banyak yg perolehi dari segi maklum balas dan stretegi pengedaraan.
Untuk makluman semua kawan hanya berniaga pd hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja kerana terpaksa balik semula keKuantan utk penghantaraan keRestoran Sri Affa.Hanya Puding Merdeka, Koktail, Buih dan PDR yg diniagakan.

01 August 2011

Bazaar Ramadan Wangsa Melawati

Mulai 5 Ogos ni , anda boleh dapatkan PDR di Bazaar Ramadan Wangsa Melawati ... Gerai 51. Nilah outlet pertama kawan diKuala Lumpur ... harap2 dapat sambutan. Disebabkan mendapat lesen sehari sebelum puasa jadi persediaannya secara sederhana sahaja. Mungkin 3 jenis puding saja yg dapat kawan sediakan utk jualan.

Kepada semua followers dan peminat PDR selamat menyambut bulan Ramadan dgn penuh keberkatan.

Puding Kastard beserta kuah drp susu cair.Puding Koktail beserta kuah drp susu cair juga.Puding Buih beserta kuah dlm bekas 4oz.
Pandu arah utk ke Wangsa Melawati

View Royal Pudding PDR Outlet in a larger map

Here we go KL ... Bye Bye Kuantan
 

blogger templates | By Royal Pudding