29 January 2010

Birdie






Birdie ni kesayangan Tok Cikgu.
Tiga beradik Bunker dan Boogie.
Tak takut mandi dan suka main air.

06 January 2010

Bahulu Mengkasar





Bahulu ini ditempah utk team (Royal Pahang Polo Club) yg akan menyertai pertandingan Thai Polo Open 2010 yg akan diadakan diBangkok. Pada 06/01/10 Royal Pahang menentang Bunga Raya dan pd 10/01/10 Royal Pahang vs Jogo Elevation di Thai Polo & Equestrian Club. Harap2 RPPC menang lagi...

08 December 2009

PDR @ Nurfatira Wedding



Majlis Perkahwinan Nurfatirah & Ramlee
di Taman Setali Maju, Jalan Galing Kem.


Jamuan perkahwinan sepupu kawan ni menghidangkan
PDR dalam bekas (w1) yg paling kecil sekali sebagai
dessert kepada para tetamu. Terdapat juga hidangan
Opor Daging yg menjadi kemestian jamuan
perkahwinan diPekan & Kuantan.

10 November 2009

Puding Diraja 10oz



Boleh didapati diSri AFFA dari hari Isnin hingga Sabtu.


Terima kasih kepada En. Alwi dan isteri sudi menempah PDR
dlm bekas 10oz ni utk dibawa balik ke KLumpur. Kalau ada
rezeki mungkin PDR kawan ni akan dijual direstorannya.
Insyallah.

27 October 2009

Puding Diraja Kini DiKuantan

Cafe Sri Affa ini terletak berhampiran dengan Hotel Sri Malaysia (jalan menuju keTeluk Chempedak). Menghidang pelbagai jenis masakan tempatan dan juga Western. Specialitynya adalah steamboat. Disini, kawan paling suka makan Penang Char Kue Tiaw.


Bagi anda yg tinggal diKuantan bolehlah mendapatkannya diCafe ini. Buat masa ini kawan hanya menghantar PDR dalam bekas 10 oz. Mungkin boleh dipelbagaikan jika mendapat sambutan.


16 October 2009

Puding Diraja @ Bukit Gambang Resort City

Tempahan En. Rashid dan temannya dari Bera yg menghadiri kursus 5S diCaribean Bay.



Caribbean Bay Suites ini mempunyai 578 pelbagai bilik, 3 Ballroom dan 10 Meeting Rooms. Hanya RM188 untuk Studio Suite (2), Deluxe RM238 (3) dan Family RM328 (4).



Di Water Park terdapat Raft Ride, 6 Lane Racer Slide, Beach Wave, Aquaplay dan Glacier River. RM20 untuk dewasa sementara RM13 untuk kanak-kanak.

08 October 2009

Puding Raja Ke AADK

Hari ini kawan ke AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) utk menghantar tempahan Puan Norhapizah dan teman sepejabatnya. Tak pernah lagi kesana sejak ia berpindah ketapak baru di Indera Mahkota bersebelahan dengan Jabatan Imigressen Negeri.


Ini lah Kompleks Kementerian Dalam Negeri yg menempatkan Pejabat AADK, Jabatan Pendaftaran Negara, Jab Pendaftaran Pertubuhan, Rela, Bahagian Kawalan Filem & Bah Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran.


 

blogger templates | By Royal Pudding