07 August 2010

Kuih Tonjet


Tonjet is served either as an appetizer or a dessert, Kuih Tonjet is a traditional Pahang Malay dessert made entirely out of sweetened egg yolk. Another delightful dessert straight from the Royal kitchen of Pahang.



Bahan-bahan :

  • 15 biji telur besar – diambil kuning sahaja
  • 1kg gula
  • Daun pandan – disimpul
  • 5 cawan air

Cara memasak :

  • Masak gula bersama daun pandan dalam air sehingga pekat sedikit. Angkat dan tapis.
  • Pukul kuning telur sehingga kembang. Uji dengan menitikkan sedikit telur ke dalam air gula panas yang masih di atas api. Jikalau telur itu tidak boleh dibentukkan, pukulnya lagi.
  • Ambil sesudu teh adunan telur tadi dan tuangkan dengan perlahan ke dalam air gula yang mendidih. Ia akan berbentuk bulat. Ulangi proses sehingga adunan telur habis.
  • Biarkan ia masak seketika di dalam air gula sebelum diangkat.
  • Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.
  • Picit dengan tiga jari supaya ia berbentuk tiga segi dan bertonjet.


Telur Belangkas
Another delightful dessert straight from the Royal kitchen of Pahang. Telur Belangkas is usually served as part of a set of desserts alongside the Kuih Tonjet and Jala Emas.

04 August 2010

Dodol Telur


Bahan-Bahan :

  • 50 biji telur – diambil kuning sahaja
  • 500g mentega tanpa garam
  • 450g gula
  • 2-3 helai daun pandan – disimpul

Cara Memasak :

  • Tapiskan kuning telur dan pukul sedikit.
  • Masakkan kesemua bahan di dalam kuali tembaga bersama daun pandan. Kacau sentiasa sehingga pekat dan pejal. Keluarkan daun pandan.
  • Masukkan ke dalam acuan dan sepitkan bunga. Hias dengan buah ceri dan hidangkan.

19 July 2010

Urat Jati


Bahan-bahan

  • 30 biji telur
  • 425g gula halus
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara memasak

  • Pukul telur seketika dan tapis untuk membuang pusat putih telur. Campurkan dengan gula dan pukul sehingga sedikit kembang.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur sehingga sebati. Gaul rata dan pastikan ianya tidak bergentel.
  • Masukkan minyak sapi. Gaul sehingga sebati.
  • Panaskan kuali leper yang tidak melekat dan sapu dengan sedikit minyak sapi. Tuangkan sesenduk adunan tadi ke dalam kuali dan buat seperti kuih dadar. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Ulangi sehingga semua adunan habis.
  • Susun dua atau tiga keping sekali. Gulung kemas-kemas dan potong bulat setebal 2.5sm.

16 July 2010

Opor Daging


Bahan-Bahan :

  • 1kg daging
  • 70g rempah opor
  • 200g bawang merah
  • 25g bawang putih
  • 25g halia
  • 3g belacan
  • 50g serbuk lada kering
  • 5sm kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 50g asam jawa – dibancuh dengan 1 cawan air panas dan diambil airnya
  • 4-5 cawan santan
  • 2 batang serai – dititik
  • 100g kerisik
  • 1-1½ cawan minyak masak untuk menggoreng
  • Garam dan gula

Cara Memasak

  • Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih, halia bersama serbuk lada kering dan belacan. Tumis sehingga wangi.
  • Masukkan daging bersama dua cawan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan santan dan rempah opor dan biar mendidih sehingga daging empuk dan airnya kering sedikit sebelum kecilkan api.
  • Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik.
  • Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Biar reneh sehingga sebati, kuah pekat dan keluar minyak.

05 July 2010

Jeneral Mabuk

Jeneral Mahbob lebih dikenali dikalangan penduduk Pekan dgn panggilan Jeneral Mabuk. Pelikkan ... Kuih tradisional daerah ni susah hendak didapati dan kian dilupakan. Jarang boleh didapati dimajlis2 keraian.


Bahan-Bahan

  • 10 biji telur
  • 225g gula pasir
  • 2-3 sudu makan tepung beras – digoreng sehingga kekuningan, kemudian disejukkan
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 5sm kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • Sedikit pewarna kuning
  • Serbuk kayu manis

Cara Memasak

  • Masak gula bersama satu cawan air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan dan kulit kayu manis. Biar didih seketika kemudian sejukkan.
  • Pecahkan telur ke dalam santan dan pukul sehingga kembang sedikit. Tapis dan kemudian tuangkan bancuhan itu ke dalam air gula yang telah disejukkan tadi. Kacau sehingga sebati dan gaulkan bersama tepung beras. Masukkan sedikit pewarna kuning. Kemudian tapis dan tuang adunan ke dalam loyang besar berempat segi yang telah disapukan dengan sedikit mentega. Kukus adunan lebih kurang setengah jam sehingga masak.
  • Bila masak, taburkan sedikit serbuk kayu manis ke atas adunan dan dibiar sejuk. Kemudian, potongnya 2.5sm persegi dan masukkan ke dalam acuan kertas.

29 June 2010

One Step Western


Nak promosi sikit western cafe adik ipar kawan ni yg terletak diJalan Prima Setapak 4 (belakang Kenny Rogers). Menyewa Restoran Pak Ngah (lagu Cindai tu ...) bersama kawannya, dibuka dari pukul 6 ptg hingga ke tengah malam. Mengenakan tema warna orange dan tag line Fresh, Exciting and Satisfying ... terdapat pelbagai jenis makanan barat yg dipelajarinya semasa diBlue Fin New York.
Pengalaman Chef Aidy selama 5 tahun diShook Starhill, Cava, Opus, Moxie dan Leonardo's diBangsar membuatnya tidak teragak2 utk memulakan perniagaannya sendiri.
Agak2 ada sambutan tak kalau kawan hantar PDR kat sini ...
Utk keterangan dan makluman lanjut click sini

25 June 2010

Puding Buih


Bahan-Bahan

  • 15g agar-agar
  • 3 cawan air
  • 3 biji putih telur
  • 150g gula pasir
  • ¼ sudu teh esen ros
  • ¼ sudu teh pewarna merah

Cara Memasak

  • Didihkan air dan masukkan agar-agar. Bila hancur, angkat dari api dan tapiskan.
  • Masukkan gula dan masak semula sehingga gula larut. Angkat dari api dan biar sejuk seketika.
  • Pukul putih telur sehingga kembang dan keras. Tuang agar-agar yang sejuk sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur.
  • Masukkan esen ros dan pewarna merah. Pukul sehingga rata.
  • Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.

Kuah Puding

  • 250g gula
  • 1 tin (410g) susu cair/sejat
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • Sedikit esen vanila
  • Daun pandan – disimpul
Cara Memasak
  • Pukul bersama susu dan air. Tapis dan kemudian campurkannya bersama gula. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkannya di dalam periuk bersama daun pandan dan masak di atas api kecil sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel.
  • Angkat dari api apabila sudah pekat dan tuangkan ke dalam mangkuk yang lain untuk disejukkan. Masukkan esen vanila

Cara Menghidangkan

  • Dihidang bersama satu tin buah koktail. Buah-buahan yang dibuang airnya boleh dituang ke atas agar-agar dan kuah puding. (Resipi drp Majlis Daerah Pekan)
 

blogger templates | By Royal Pudding