13 April 2011

Royal Pudding @ The Royal Palace

The Royal Table
Inside BalaiRong Seri Istana Abu Bakar Pekan
VIP received the honorary medal in conjunction of the Sultan birthday celebration
The Throne Chamber via Radinblog

08 April 2011

Hantaran Puding Raja

Kali ini kawan menerima tempahan PDR untuk dibuat sebagai hantaran majlis pertunangan/perkahwinan. Menggunakan mangguk kaca lain dari kebiasaan bekas plastik. Boleh dipelbagaikan cara hiasan mengikut tema dan warna hantaran. Terima kasih kpd Cik Linda dari Taman Teluk Cempedak.

20 March 2011

Puding DiRaja @ Ampang

Puding DiRaja kini terdapat di 36 Jalan Bukit Indah 3/7, Taman Bukit Indah, Ampang pada 02 hingga 04 April 2011. Untuk tempahan sila hubungi 09-9865010 dgn menyatakan jumlah bilangan yg dikehendaki. Untuk makluman kami tidak membuat penghantaran kerumah, untuk keAmpang sila rujuk arah tuju peta dibawah :-


View PDR @ Ampang PickUp Point in a larger map

14 March 2011

Seri Kaya Nangka


Bahan-bahan

  • 250g isi nangka masak – dipotong dadu kecil
  • 6 biji telur
  • 100g gula pasir
  • 550g kelapa parut
  • 3 helai daun pandan – digiling halus
  • 1 cawan air

Cara memasak

  • Ramas daun pandan yang digiling halus bersama telur, kelapa parut dan air. Perah untuk mendapatkan santan pekat. Tapis dan campurkan gula. Gaul sehingga gula larut.
  • Masukkan nangka ke dalam mangkuk. Tuangkan santan pekat dan kukus sehingga masak.
  • Boleh dimakan begitu saja, dengan pulut atau roti.
Sajian tradisi daerah Pekan ini sumbangan Majlis Daerah Pekan.

09 March 2011

PDR @ Standard Chartered



Jamuan rumah terbuka diStanChart KL sempena sambutan Hari Raya yg lepas. Konsep jamuan satu hidangan utk mewakili satu daerah. Puding Raja mewakili Negeri Pahang bagi sajian pencuci mulut. Tempahan sebanyak 200 menggunakan bekas yg lebih kecil dari kebiasaannya 10 0z.
Terima kasih kpd Cik Aida Haniza sudi mempromosikan sajian ini dan Selamat Menyambut HariJadinya hari ini.

22 February 2011

Puding Raja SQ5

Tempahan dari pelanggan tetap kawan.
PDR ni menggunakan bekas SQ5 (10''x10'') dan berat antara 900 - 1000 gram. Sesuai utk hidangan keluarga seramai 10 orang. Kami juga menerima tempahan utk jamuan keraian dan juga majlis perkahwinan. Hidangan utk meja pengantin sebagai pencuci mulut akan dihias didalam bekas kaca atau pun bekas pilihan pelanggan sendiri. Sementara kuahnya menggunakan botol 600 ml.

19 February 2011

Label & Signboard

Banner ni diletakkan dioutlet2 PDR
Signboard utk memudahkan pelanggan mencari rumah kawan
Stickers utk bekas PDR 10oz & SQ5
Setelah sekian lama menjual PDR, baru2 ini kawan mendapat arahan dari Pihak Berkuasa Tempatan PBT utk meletakkan label pada semua produk kami. Menggunakan tema warna hitam dan putih bagi mewakili warna bendera Negeri Pahang dan juga logo mahkota dimana tempat kawan mula berniaga di Mahkota Square.


 

blogger templates | By Royal Pudding