16 July 2011

That Little Gerai 2.0

Outlet PDR yg pertama di Kuala Lumpur. Mulai 20hb Julai ni anda boleh dapatkannya di TLG@AU5 dari pukul 5.oo ptg hingga ketengah malam, cuma hari Isnin cuti.
Sila rujuk peta dibawah ...


View Royal Pudding PDR Outlet in a larger map

A little gerai serving "almost" Western Food
by Chef Aidy & Chef Ray.
Open sunset till late. Closed Mondays. Call me
012 332 0416 so u dont hv to wait long for ur food.
Good food takes time.

How to get there:
From MRR2, exit Taman Permata, you'll see Giant on your right. Go straight. Pass two bums and make a right at the simpang tiga. You'll see Syed Bistro and lots of gerai on your right. We r at the end of it with a blue awning.

If you would like to order something out of the menu, just talk to the Chef. He'll do his best to accomodate you.

13 July 2011

InderaPura

Disekitar InderaPura inilah letaknya Litar Cupprix. Ia dianjurkan oleh Petronas dan diadakan setiap tahum. Lake Resort terletak 10 minit dari bandar Pekan dan sebelahnya terdapat padang permainan untuk kanak-kanak.

05 July 2011

Puding DiRaja SQ1500

Terdapat 3 saiz utk Puding DiRaja ni :
Besar SQ5 berat 1kg untuk 10 orang makan
Sederhana SQ1500 berat 500gm untuk 5 orang makan
Kecil 10oz berat 110gm untuk seorang sahaja.
Kebiasaannya saiz SQ5 dan SQ1500
kawan buat bila ada tempahan sahaja.

Untuk makluman semua, tidak lama lagi PDR akan ada
satu lagi outlet diKuala Lumpur iaitu di
That Little Gerai, Taman Permata AU5, Ulu Kelang.
Kawan akan post bila mula beroperasi.
Sekian.

27 June 2011

Kuala Tahan

Percutian di Taman Negara semasa cuti sekolah yg lepas bersama keluarga adik ipar. Aktiviti yg dijalankan saperti Night Walk dlm hutan berdekatan dgn Mutiara Resort, mendaki Bukit Terisek sejauh 2.5 km kepuncak, Canopy Walk, menghilir Sg. Tembeling dan Sg. Tahan utk ke Lata Berkoh.

17 June 2011

Masjid Besar Pekan

Masjid baru ini terletak dipersimpangan antara Bandar Pekan - Paloh Hinai dan juga berhadapan dengan Hospital Besar Pekan. Walaupun belum dirasmikan tetapi telah digunakan pada awal tahun ini. Semua gambar via gayapeneroka.blogspot.com

10 June 2011

Puding Raja 10oz

Bagi warga Kuantan bolehlah mendapatkan PDR ni di Sri Affa Cafe Jalan Teluk Sisek, Kuantan Parade Food Court Ground Floor dan Museo Cafe Jalan Masjid Perkarangan Muzium Negeri. Buat masa ini kawan hanya menghantar PDR dalam bekas 10 oz. Penghantaran setiap hari Isnin dan Khamis.

03 June 2011

Masak Lemak Mumbang

Resipi Masakan Daerah Pekan - Sumber Dari MDPekan

Bahan-bahan

  • 400g mumbang kelapa muda – dihiris nipis-nipis
  • 5 cawan santan – diperah dari 550g kelapa parut
  • 2 sudu teh lada hitam
  • 50g bawang merah
  • 20g udang kering
  • 25g ikan bilis
  • 2.5sm kunyit hidup
  • 20g daun selasih
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam

Cara memasak

  • Masak semua bahan-bahan bersama di atas api kecil sehingga mumbang kelapa empuk dan santan menjadi pekat. Bubuh garam secukup rasa.
 

blogger templates | By Royal Pudding