19 July 2010

Urat Jati


Bahan-bahan

  • 30 biji telur
  • 425g gula halus
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara memasak

  • Pukul telur seketika dan tapis untuk membuang pusat putih telur. Campurkan dengan gula dan pukul sehingga sedikit kembang.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur sehingga sebati. Gaul rata dan pastikan ianya tidak bergentel.
  • Masukkan minyak sapi. Gaul sehingga sebati.
  • Panaskan kuali leper yang tidak melekat dan sapu dengan sedikit minyak sapi. Tuangkan sesenduk adunan tadi ke dalam kuali dan buat seperti kuih dadar. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Ulangi sehingga semua adunan habis.
  • Susun dua atau tiga keping sekali. Gulung kemas-kemas dan potong bulat setebal 2.5sm.

16 July 2010

Opor Daging


Bahan-Bahan :

  • 1kg daging
  • 70g rempah opor
  • 200g bawang merah
  • 25g bawang putih
  • 25g halia
  • 3g belacan
  • 50g serbuk lada kering
  • 5sm kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 50g asam jawa – dibancuh dengan 1 cawan air panas dan diambil airnya
  • 4-5 cawan santan
  • 2 batang serai – dititik
  • 100g kerisik
  • 1-1½ cawan minyak masak untuk menggoreng
  • Garam dan gula

Cara Memasak

  • Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih, halia bersama serbuk lada kering dan belacan. Tumis sehingga wangi.
  • Masukkan daging bersama dua cawan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan santan dan rempah opor dan biar mendidih sehingga daging empuk dan airnya kering sedikit sebelum kecilkan api.
  • Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik.
  • Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Biar reneh sehingga sebati, kuah pekat dan keluar minyak.

05 July 2010

Jeneral Mabuk

Jeneral Mahbob lebih dikenali dikalangan penduduk Pekan dgn panggilan Jeneral Mabuk. Pelikkan ... Kuih tradisional daerah ni susah hendak didapati dan kian dilupakan. Jarang boleh didapati dimajlis2 keraian.


Bahan-Bahan

  • 10 biji telur
  • 225g gula pasir
  • 2-3 sudu makan tepung beras – digoreng sehingga kekuningan, kemudian disejukkan
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 5sm kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • Sedikit pewarna kuning
  • Serbuk kayu manis

Cara Memasak

  • Masak gula bersama satu cawan air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan dan kulit kayu manis. Biar didih seketika kemudian sejukkan.
  • Pecahkan telur ke dalam santan dan pukul sehingga kembang sedikit. Tapis dan kemudian tuangkan bancuhan itu ke dalam air gula yang telah disejukkan tadi. Kacau sehingga sebati dan gaulkan bersama tepung beras. Masukkan sedikit pewarna kuning. Kemudian tapis dan tuang adunan ke dalam loyang besar berempat segi yang telah disapukan dengan sedikit mentega. Kukus adunan lebih kurang setengah jam sehingga masak.
  • Bila masak, taburkan sedikit serbuk kayu manis ke atas adunan dan dibiar sejuk. Kemudian, potongnya 2.5sm persegi dan masukkan ke dalam acuan kertas.

29 June 2010

One Step Western


Nak promosi sikit western cafe adik ipar kawan ni yg terletak diJalan Prima Setapak 4 (belakang Kenny Rogers). Menyewa Restoran Pak Ngah (lagu Cindai tu ...) bersama kawannya, dibuka dari pukul 6 ptg hingga ke tengah malam. Mengenakan tema warna orange dan tag line Fresh, Exciting and Satisfying ... terdapat pelbagai jenis makanan barat yg dipelajarinya semasa diBlue Fin New York.
Pengalaman Chef Aidy selama 5 tahun diShook Starhill, Cava, Opus, Moxie dan Leonardo's diBangsar membuatnya tidak teragak2 utk memulakan perniagaannya sendiri.
Agak2 ada sambutan tak kalau kawan hantar PDR kat sini ...
Utk keterangan dan makluman lanjut click sini

25 June 2010

Puding Buih


Bahan-Bahan

  • 15g agar-agar
  • 3 cawan air
  • 3 biji putih telur
  • 150g gula pasir
  • ¼ sudu teh esen ros
  • ¼ sudu teh pewarna merah

Cara Memasak

  • Didihkan air dan masukkan agar-agar. Bila hancur, angkat dari api dan tapiskan.
  • Masukkan gula dan masak semula sehingga gula larut. Angkat dari api dan biar sejuk seketika.
  • Pukul putih telur sehingga kembang dan keras. Tuang agar-agar yang sejuk sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur.
  • Masukkan esen ros dan pewarna merah. Pukul sehingga rata.
  • Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.

Kuah Puding

  • 250g gula
  • 1 tin (410g) susu cair/sejat
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • Sedikit esen vanila
  • Daun pandan – disimpul
Cara Memasak
  • Pukul bersama susu dan air. Tapis dan kemudian campurkannya bersama gula. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkannya di dalam periuk bersama daun pandan dan masak di atas api kecil sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel.
  • Angkat dari api apabila sudah pekat dan tuangkan ke dalam mangkuk yang lain untuk disejukkan. Masukkan esen vanila

Cara Menghidangkan

  • Dihidang bersama satu tin buah koktail. Buah-buahan yang dibuang airnya boleh dituang ke atas agar-agar dan kuah puding. (Resipi drp Majlis Daerah Pekan)

29 April 2010

Proses Penyediaan PDR

Tiada apa yg dapat kawan postkan kali ini, cuma turutan gambar-gambar dari awal penyediaan hinggalah siap untuk pengedaraan ke outlet2. Ini cuma gambaran secara ringkas bagaimana pisang lemak manis digoreng, dimasukkan kedalam bekas dan dihias dgn jala mas, prune & cherry.

20 April 2010

Cream Puff

Cream puff ni adalah tempahan utk majlis perkahwinan. Kawan buat bersama dgn adik kawan Mai yg juga suka membuat kuih dan kek. Kami buat 1000 bekas hanya menggunakan mixer heavyduty KitchenAid.
 

blogger templates | By Royal Pudding