19 December 2010

Laksa Pahang

Dua chap laksa cukup utk satu hidangan. Chap bermaksud satu gumpalan laksa dan hanya segelintir org yg pandai membuatnya dengan harga RM7 sekilo.


Bahan-bahan

  • 500g ikan tenggiri
  • 50g ikan tenggiri jeruk (masin)
  • 250g bawang merah
  • 80g bawang putih
  • 40g halia
  • 100g lada kering
  • 4 batang serai
  • 2 sudu makan biji ketumbar
  • ½ sudu makan jintan putih
  • ½ sudu makan jintan manis
  • 100g kelapa parut – dibuat kerisik
  • 3-4 cawan santan pekat
  • 1 cawan air rebusan ikan
  • Laksa beras atau laksa gandum

Untuk hiasan

  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Daun selasih
  • Timun – diparut halus
  • Tauge – dibuang ekor tetapi tidak dicelur
  • Bawang besar – dibelah dua dan dihiris nipis
  • Limau kasturi – dibelah dua dan dibuang biji
  • Telur masin – direbus, dibuang kulit dan dibelah empat
  • Sebuku belacan – dibakar sedikit
  • Lada kering – dilembutkan dan dikisar halus
  • Garam

Cara memasak

  • Ketumbar, jintan putih dan jintan manis digoreng berasingan tanpa minyak sehingga naik bau.
  • Kisar kerisik, bahan-bahan yang digoreng tanpa minyak dan rempah-rempah bersama 1½ cawan santan.
  • Ikan-ikan yang direbus dibuang kulit dan tulangnya. Kisar isi ikan bersama setengah cawan santan.
  • Masak kesemua bahan yang dikisar awal tadi bersama santan yang berlebihan dan air rebusan ikan. Masukkan ikan-ikan yang baru dikisar dan kacau. Reneh di atas api kecil sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
  • Laksa dihidang dengan ulam-ulam dan sambal bersama kuah.
Sumbangan dari Majlis Daerah Pekan

14 December 2010

Pekan Pahang













Pemandangan sekitar kampungku tersayang, budaya tradisi melayu, kegiatan percutian dan trajidi melanda.

06 December 2010

Aneka Agar Agar


Restaurant Tepi Sungai at Tanah Merah selling food for juadah berbuka. The selection of food, kueh-mueh, bubur, lauk-pauk etc was amazing ... just look at the pictures.

30 November 2010

The Biggest Loser Asia2 @ TLG


Shakira's BDay at That Little Gerai with friends and family.

23 November 2010

That Little Gerai in AU5


A little gerai serving Malaysian style Western Food
by Chef Aidy. Come for makan or TTS.

Open sunset till late. Call me @ 012 3320416
so u dont hv to wait long for ur food. Good food takes time.

Shakira's B Day with the cast from The biggest Loser Asia

Wow.. ur models are H.O.T
Big Ass Burger ... kena try ni

19 November 2010

PDR @ MRSM


Satelah hampir 5 bulan mendiamkan diri, barulah kini kawan dpt peluang online sejak bulan puasa yg lepas. Dlm kesibukan bulan Ramadan dan Raya, kawan mendapat peluang utk menghantar kuih ke MRSM Pekan. Baru dibuka pada tahun ni dan mempunyai pelajar seramai 800 orang. Syarat penghantaran sebelum 7.30 pagi dan 4.30 ptg. Menu merangkumi pelbagai jenis kuih tradisional dan moden. Mungkin pd post mendatang kawan akan tunjukkan kuih yg dibuat dan juga kawasan persekitaran sekolah.


07 August 2010

Kuih Tonjet


Tonjet is served either as an appetizer or a dessert, Kuih Tonjet is a traditional Pahang Malay dessert made entirely out of sweetened egg yolk. Another delightful dessert straight from the Royal kitchen of Pahang.



Bahan-bahan :

  • 15 biji telur besar – diambil kuning sahaja
  • 1kg gula
  • Daun pandan – disimpul
  • 5 cawan air

Cara memasak :

  • Masak gula bersama daun pandan dalam air sehingga pekat sedikit. Angkat dan tapis.
  • Pukul kuning telur sehingga kembang. Uji dengan menitikkan sedikit telur ke dalam air gula panas yang masih di atas api. Jikalau telur itu tidak boleh dibentukkan, pukulnya lagi.
  • Ambil sesudu teh adunan telur tadi dan tuangkan dengan perlahan ke dalam air gula yang mendidih. Ia akan berbentuk bulat. Ulangi proses sehingga adunan telur habis.
  • Biarkan ia masak seketika di dalam air gula sebelum diangkat.
  • Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.
  • Picit dengan tiga jari supaya ia berbentuk tiga segi dan bertonjet.


Telur Belangkas
Another delightful dessert straight from the Royal kitchen of Pahang. Telur Belangkas is usually served as part of a set of desserts alongside the Kuih Tonjet and Jala Emas.
 

blogger templates | By Royal Pudding