25 April 2012

Temosa Raja




Temosa Raja tempahan dari pelanggan tetap diPekan.

16 March 2012

Kuih Lempung







Juga dikenali dgn panggilan Batang Keramat / Batang Balak. Inilah produk pertama kawan 3 tahun yg lepas. Beserta dgn Roti Naik kawan hantar kedai makan sekitar Pekan.

05 March 2012

Puding Raja


Gambar diambil sebelum membuat penghantaran ke outlet diKuantan.

10 February 2012

Bunga Pekan

Daerah Pekan telah menjadi ibu Negeri Pahang antara 1686 sehingga 1897 di mana pada ketika itu dikenali sebagai Kerajaan Inderapura. Dalam Bahasa Sanskrit, perkataan ‘pura’ membawa maksud sebagai pekan. Selain menjadi pusat pemerintahan kerajaan, Daerah Pekan ini dahulunya memang terkenal dengan pekan sehari iaitu tempat tumpuan peniaga setiap hari menjalankan pelbagai urus niaga dan jual beli barang dagangan dalam dan luar daerah. Nama Daerah Pekan berasal dari nama sejenis bunga yang dipanggil ‘bunga pekan’ yang banyak tumbuh di tebing-tebing Sungai Pahang satu ketika dahulu. Bunga pekan berwarna putih dan bentuknya seakan-akan bunga melor.

03 February 2012

Meja Pengantin @ Pekan

Bersama Aiza dan Lina dimajlis perkahwinan sepupu kawan diJalan Halimi. Persiapan sebelum majlis dimulakan. Sajian pencuci mulut saperti PDR, Puding Merdeka atau Suji menjadi kemestian didaerah Pekan ni.

25 January 2012

50th Anniversary

Sambutan ulangtahun perkahwinan mertuaku yg berlangsung di Jeumpa D"Ramo Bangsar pada 7hb Jan yg lepas. Gabungan warna hitam dan emas pada keseluruhan majlis melambangkan kesetiaan antara suami isteri satelah 50 tahun bersama. Tahniah dariku semoga kekal hingga keakhir hayat.

15 January 2012

Hanya Di TLG

Bermula tahun baru ni, bagi mereka yg menikmati Puding DiRaja @ That Little Gerai AU5 akan dihidangkan dalam bekas kaca dan tidak lagi dlm bekas plastik 10oz. Sebagai percubaan kawan hanya lakukan di TLG utk melihat sambutan dari pelanggan. Takeaway macam biasa.
 

blogger templates | By Royal Pudding