22 April 2011

Puding Baulu Raja

Hiasan masih sama saperti menghias PDR cuma dihias atas bahulu dan dituangkan kuah sebelum dihidang.

Bahan-bahan

  • 225g tepung gandum
  • 200g gula halus
  • 8 biji telur

Cara memasak

  • Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan tepung ke dalam bancuhan itu dan kacau perlahan sehingga sebati.
  • Sapukan loyang pembakar dengan sedikit marjerin. Masukkan adunan yang telah dipukul ke dalam loyang dan bakar pada suhu ketuhar 175°F sehingga masak.

Bahan-bahan untuk Kuah Puding

  • 250g gula
  • 1 tin (410g) susu cair/sejat
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 3 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanila
  • Daun pandan – disimpul
Cara Memasak

  • Pukul kuning telur bersama susu dan air. Tapis dan kemudian campurkannya bersama gula. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkannya di dalam periuk bersama daun pandan dan masak di atas api kecil sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel.
  • Angkat dari api apabila sudah pekat dan tuangkan ke dalam mangkuk yang lain untuk disejukkan. Masukkan esen vanila.

Cara Menghidang

  • Hiaskan bahulu dengan buah prun, ceri dan urat emas di dalam mangkuk puding dan tuangkan kuah puding ke atasnya sebelum dihidangkan.

17 April 2011

Palm Oil

Kebun sawit yg berkeluasan 7 ekar ni terletak diKg Mempelas, Salong yg diusahakan oleh suami kawan.
Mula disemai pada 1999 dari biji benih yg dibeli dari PAMOL Kluang dgn harga RM1.05 sebiji. Dipindahkan kekebun pada tahun 2000 dan sekarang telah mencapai umur 11 tahun.
Pada tahun 2002 harga BTB sekitar RM250/tan, berbanding pada tahun 2010 yg mana harga pd masa itu antara RM600 - RM700. Mungkin pada 2017 harga akan melambung ke RM1,000 disebabkan keadaan cuaca dan ekonomi yg tidak menentu.
Utk mendapatkan 1 tan/ekar pekebun perlu membuat penyemburan sebanyak 2x/tahun dan pembajaan 4 kali setahun. Gunakan 'straight fertilizer' spt CIRP, AS, MOP & BORATE kerana kesannya lebih baik berbanding baja air atau baja campuran. Contoh spt Tabung Haji, Guthrie, Golden Hope, IOI dan Koperasi Pekebun Kecil yg menggunakan konsep yg sama.
Cuma harapan kawan supaya kerajaan akan mengekalkan harga minyak masak memandangkan negara kita adalah penyumbang terbesar dunia ... dah la petrol naik lagi, tepung dan gula x boleh control, habih camno ...
Utk keterangan lanjut sila ke Malaysian Palm Oil Board dan juga Malaysian Palm Oil Council.
Segala sumber maklumat dari Aidy/Transpalm.

13 April 2011

Royal Pudding @ The Royal Palace

The Royal Table
Inside BalaiRong Seri Istana Abu Bakar Pekan
VIP received the honorary medal in conjunction of the Sultan birthday celebration
The Throne Chamber via Radinblog

08 April 2011

Hantaran Puding Raja

Kali ini kawan menerima tempahan PDR untuk dibuat sebagai hantaran majlis pertunangan/perkahwinan. Menggunakan mangguk kaca lain dari kebiasaan bekas plastik. Boleh dipelbagaikan cara hiasan mengikut tema dan warna hantaran. Terima kasih kpd Cik Linda dari Taman Teluk Cempedak.

20 March 2011

Puding DiRaja @ Ampang

Puding DiRaja kini terdapat di 36 Jalan Bukit Indah 3/7, Taman Bukit Indah, Ampang pada 02 hingga 04 April 2011. Untuk tempahan sila hubungi 09-9865010 dgn menyatakan jumlah bilangan yg dikehendaki. Untuk makluman kami tidak membuat penghantaran kerumah, untuk keAmpang sila rujuk arah tuju peta dibawah :-


View PDR @ Ampang PickUp Point in a larger map

14 March 2011

Seri Kaya Nangka


Bahan-bahan

  • 250g isi nangka masak – dipotong dadu kecil
  • 6 biji telur
  • 100g gula pasir
  • 550g kelapa parut
  • 3 helai daun pandan – digiling halus
  • 1 cawan air

Cara memasak

  • Ramas daun pandan yang digiling halus bersama telur, kelapa parut dan air. Perah untuk mendapatkan santan pekat. Tapis dan campurkan gula. Gaul sehingga gula larut.
  • Masukkan nangka ke dalam mangkuk. Tuangkan santan pekat dan kukus sehingga masak.
  • Boleh dimakan begitu saja, dengan pulut atau roti.
Sajian tradisi daerah Pekan ini sumbangan Majlis Daerah Pekan.

09 March 2011

PDR @ Standard Chartered



Jamuan rumah terbuka diStanChart KL sempena sambutan Hari Raya yg lepas. Konsep jamuan satu hidangan utk mewakili satu daerah. Puding Raja mewakili Negeri Pahang bagi sajian pencuci mulut. Tempahan sebanyak 200 menggunakan bekas yg lebih kecil dari kebiasaannya 10 0z.
Terima kasih kpd Cik Aida Haniza sudi mempromosikan sajian ini dan Selamat Menyambut HariJadinya hari ini.
 

blogger templates | By Royal Pudding