26 January 2011

Pulut Panggang

Pulut panggang ni lain dari tempat lain, dipantai timur intinya dibuat dari isi ikan sahaja. Dulu RM1 dapat la 2 atau 3 batang tapi sejak harga barang naik dah jadi seringgit. Sabor je la ...

Bahan-bahan

  • 1kg beras pulut
  • 5 cawan santan pekat – diperah dari 1.2 kg kelapa parut
  • Daun pisang (untuk membungkus)
  • Lidi – dipotong 2.5sm panjang (untuk membungkus)
  • Garam

    Untuk Lauk

    • Inti Ikan
      • 350g ikan selar kuning – direbus dan diambil isi
      • 150g bawang besar – dibelah dua dan dihiris
      • 20g bawang merah
      • 20g atau 2.5sm halia
      • 1 batang serai
      • 1½ sudu teh halba
      • 1 cawan santan
      • Garam
    • Inti Daging
      • 300g daging lembut – dicincang halus
      • 150g bawang besar – dibelah dua dan dihiris
      • 20g bawang merah
      • 20g atau 2.5sm halia
      • 1 batang serai
      • 1½ sudu teh halba
      • 1 cawan santan
      • Garam

Cara Memasak

Pulut

Basuh beras pulut dan rendam selama 3 jam. Kemudian kukus pulut sehingga masak dan arun dengan cawan santan pekat. Bubuh garam secukup rasa dan gaul dengan rata. Ketepikan.

Inti

Giling ikan atau daging sehingga lumat bersama dengan bawang merah, halia dan serai. Masak bersama bawang besar, halba dan santan pekat yang selebihnya. Kacau sentiasa sehingga kering. Sesuaikan rasa.

Cara menghidang

  • Letak pulut di atas daun pisang. Sudukan inti ikan atau daging kemudian bungkus bulat-bulat dan kemas seperti pulut panggang. Bakar atas bara api lebih kurang 10 minit sehingga masak.

25 January 2011

Pekan Sehari

Terletak bersebelahan dgn Sekolah Ahmad Shah, disinilah kawan mendapatkan stock pisang lemak manis setiap pagi Sabtu dengan harga RM3.50 sekilo. Pisang ni memang mendapat sambutan warga Pekan, kalau lambat pasti melepas. Agaknya ramai yg buat puding kot ... Terbahagi kepada 2 bahagian, sebahagian lagi menjual barangan borong spt baju, jeans, tudung, kain pelikat/batik, sejadah dan pakaian kanak2. Harga tak mahal, kualiti pun boleh tahan la.

20 January 2011

Roti Naik

Boleh didapati disemua gerai yg menjual sarapan pagi sekitar Pekan ni. Dulu kawan biasa jugak buat roti ni ... tapi sekarang ni dah pencen. Tumpu pada yang satu je.

Bahan-bahan

  • 1kg tepung gandum3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • 375g gula halus
  • 5g serbuk ibu roti
  • 225g marjerin
  • 75g minyak sapi
  • Mentega untuk disapu ke atas roti
  • 2½ cawan air

Cara memasak

  • Larutkan serbuk ibu roti dalam air. Kacau dan biarkan sebentar.
  • Pukul gula halus bersama kuning telur sehingga sebati. Kemudian masukkan marjerin dan minyak sapi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga rata. Gaulkan tepung ke dalam aduan dan tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati. Adunan dibahagi tiga. Uli dan lambung setinggi 1/2m adunan tersebut sebanyak 100 kali bagi setiap adunan.
  • Setelah siap, satukan ketiga-tiga adunan tadi. Perap selama satu jam di tempat yang tidak berangin tetapi panas sehingga adunan naik.
  • Setelah itu, bulatkan adunan tadi setiap sebesar telur ayam dan aturkan ke dalam loyang. Jangan terlalu rapat kerana adunan tersebut akan naik lagi. Letakkan adunan tadi di tempat yang berangin tetapi panas untuk beberapa jam supaya adunan dapat naik lagi.
  • Bakar roti pada suhu ketuhar 150° F. Sapukan sedikit mentega di atas roti sejurus dikeluarkan dari ketuhar.
Sumber Majlis Daerah Pekan

15 January 2011

Komen Dari Pelanggan


Kak Pau kakpau suker ni...pertama kali makan bila somi dihadiahkan oleh staffnya org pahang, sosnya sedap tapi bahan pudding tu yg tak tahan....memang sedap.

Azueriena Norash Timer kasih banyak2 kak yan...sudi menerima kunjungan kami sekeluarga...lepas nie kalau nak pegi..kitorg nak try temosa ngan bahulu besor tu plak..nanti nak.kena tempah awal2 ler kann....Royal Pudding tu memang mantoppss kak..berbaloi2 carik sampai ke PEKAN...hehehe

Pya Hassan sejak da kawin ni....jarg dapat makn puding ni...dulu zaman anak dara...tiap bulan pose,gi bazar ramadhan xpernah miss beli pudding diraja ni...huhuhuh

Asma Sulaiman itu lah sebabnye .... patut lah cari td kat jln bukit indah 3/6 tak jumpa no .36..... tapi ape2 pun puding raja tu memang tip top.... lain kali boleh lah order lagi....

Zarina Hatim salam. boss i cakap, puding ni sedap sgt, kat KL ni rasanya tak pernah lagi jumpa, teringin nak rasa tapi x tau kat mana nak dapatkan.

Yana Hayana walopon saya org kelantan.. leh x saya nk like jugak.. ngee~ suke giler ngn royal pudding ni...

Cik Chronology td baru makan puding raja kat kenduri tahlil... sukanye !!


Norzailawati Rosli Bestnyer..Hari nie dapat makan puding raja...bondaku kirim dari pekan...Tq mum

Mimi Nora salammm.. suka sangat ngan puding diraja ni. masa ngandung dulu slalu pesan kat kawan soh belikan bila dia balik pekan.. aritu minta dia tolong belikan, dia kata the "tukang masak" dah RIP. so dia tak beli lagi..kat mana leh dapt kalau kat area kl or s'alam?

Sharifah Norabzan Syed Hashim puding raja.......mmg sedap.....sy br abis belajar buat puding nie.....

Noorhaslina Mohamud nak deco cam nihh leh x?? berselera i tgk yg pasti nak makan pewee je..(。♥‿♥。)

Yus Sniper sgt bagus kalu dpt bukak kat area KL or Selangor, market lebih luas. Desert ni mmg besh kalu disejukkan. Buat mcm franchiser etc Auntie Ann, Hiaggen Dazz, Cinnamon dan lain2 lg. Buka kiosk dlm area shopping mall, selain tu bleh perkenalkan desert2 lain etc Puding Merdeka, Puding Buih, Puding Koktail, Puding Jagung, Caramel, Vanilla Flan dan Aneka Agar-Agar. Insyaallah mesti laris coz puding ni mmg lazat... :o).

10 January 2011

SBP Intergrasi Pekan

Terletak diPulau Serai, asalnya Sekolah Teknik.
Bangunan Pentadbiran SBPI
Dewan Serbaguna
Kawan bersama Ica dan Akak dikantin sekolah.
Selama 5 tahun kawan berulang alik kesekolah ni ...
Dari Kelas 5 Satria 2009 ke Matrikulasi Jengka 2010.
Bilik Wardah Tingkat 3 Asrama Perempuan.

07 January 2011

Ayam Golek Pekan

Bahan-bahan
  • 700g atau ½ ekor ayam
  • 50g air asam jawa
  • 1 biji buah keras
  • 2.5sm halia
  • 2.5sm kunyit hidup
  • 100g bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1sm lengkuas
  • 10g lada kering
  • 2 batang serai – dititik
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu teh halba
  • Garam dan gula

Cara memasak

  • Masak bahan-bahan kisar bersama santan, serai, halba, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa sehingga pecah minyak. Setelah separuh pekat, masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak.
  • Keluarkan ayam dan renehkan kuah dimasak sehingga pekat.
  • Bila siap, tuangkan kuah ke atas ayam dan dibakar atas bara api.
  • Ataupun isi ayam yang masak juga boleh disiat dan diletakkan ke dalam pinggan. Kuah kemudian dituang ke atasnya.
Sumber Majlis Daerah Pekan

04 January 2011

UMNO Pekan

Konsep 1 Malaysia dilaksanakan.
Bangunan yg baru dibina terletak ditengah2 pekan.
Stairway To .....
Pandangan Majlis Daerah bersebelahan padang.
PM bersama ibu dan keluarganya.

01 January 2011

Facebook Fan Page



Our first PDR Fan Page visit to Pekan


Cuti sekolah ni, kawan menerima kunjungan drp Puan Azueriena dari Puchong. Seorang pengusaha homestay di Jerteh, Besut datang bercuti bersama keluarga ke Negeri Pahang. Thanks sudi datang, kalau nak rasa temosa dan bahulu, call dulu ye ...
 

blogger templates | By Royal Pudding