20 January 2011

Roti Naik

Boleh didapati disemua gerai yg menjual sarapan pagi sekitar Pekan ni. Dulu kawan biasa jugak buat roti ni ... tapi sekarang ni dah pencen. Tumpu pada yang satu je.

Bahan-bahan

  • 1kg tepung gandum3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • 375g gula halus
  • 5g serbuk ibu roti
  • 225g marjerin
  • 75g minyak sapi
  • Mentega untuk disapu ke atas roti
  • 2½ cawan air

Cara memasak

  • Larutkan serbuk ibu roti dalam air. Kacau dan biarkan sebentar.
  • Pukul gula halus bersama kuning telur sehingga sebati. Kemudian masukkan marjerin dan minyak sapi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga rata. Gaulkan tepung ke dalam aduan dan tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati. Adunan dibahagi tiga. Uli dan lambung setinggi 1/2m adunan tersebut sebanyak 100 kali bagi setiap adunan.
  • Setelah siap, satukan ketiga-tiga adunan tadi. Perap selama satu jam di tempat yang tidak berangin tetapi panas sehingga adunan naik.
  • Setelah itu, bulatkan adunan tadi setiap sebesar telur ayam dan aturkan ke dalam loyang. Jangan terlalu rapat kerana adunan tersebut akan naik lagi. Letakkan adunan tadi di tempat yang berangin tetapi panas untuk beberapa jam supaya adunan dapat naik lagi.
  • Bakar roti pada suhu ketuhar 150° F. Sapukan sedikit mentega di atas roti sejurus dikeluarkan dari ketuhar.
Sumber Majlis Daerah Pekan

No comments:

 

blogger templates | By Royal Pudding