22 October 2008

Puding Diraja

Sajian pencuci mulut ini adalah makanan istimewa diPahang terutamanya didaerah Pekan yang menjadi identiti rakyat dinegeri ini. Bahan utama untuk membuat puding ini adalah pisang lemak manis, buah prune, cherry dan gajus. Jala mas yang diperbuat drp kuning telur ini diletakkan diatas pisang dan hias diatasnya. Ianya lebih menyelerakan dihidang dengan menyejukkan kuah/sosnya.

.

.

Cara memasak kuahnya adalah dengan mencampurkan susu cair bersama gula dan esen vanilla diatas api yang perlahan. Masak sehingga mendidih dan kacau rata supaya campuran tidak berketul. Setelah susu menjadi pekat, biarkan ia sejuk.

.
.

Jala mas dibuat menggunakan telur itik, hanya gunakan kuningnya sahaja. Kemudian ia ditapis untuk mengelakkan ketulan telur. Masukkan kedalam acuan, letak acuan diatas air gula yang telah mendidih. Buatkan dalam bentuk pusingan. Setelah siap jala mas tadi ditoskan.

Cara Menghias Puding Diraja

1 comment:

Kakda tartlets n cookies said...

mmm sedapnya nampak begitu istimewa dan meriah deconya tu.

 

blogger templates | By Royal Pudding