31 October 2013

Sajian Puding Raja

 Bersama crew RTM Kuantan dan pengacara NurSuhada
 Pelanggan dari Pulau Pangkor menikmati PDR sebelum berangkat pulang
Crew Panorama menjamu selera dgn PDR selepas penggambaran.

27 October 2013

Mahkota Square 2013



Disinilah kawan berniaga setiap tahun menjelang bulan Ramadan, dibawah kemah biru berdekatan dgn Taman Kerang. Cuma seminggu je sempat menjual, yg lainnya dibantu oleh suami dan Aiza yg sedang cuti semester masa tu. Disebabkan tiada pekerja kawan terpaksa berada dibengkel utk persediaan esok hari. Insyallah kalau ada rezeki tahun depan kena cari pekerja sambilan utk membantu.

19 October 2013

Puding Buih



Kawan cuma buat Puding Buih ni setahun sekali, dalam bulan Ramadan je. Inilah puding yg paling mudah nak dibuat, anda cuma perlukan putih telur dan agar-agar. Kepada warga Kuantan yg berminat dgn Puding Buih ni kawan akan mula membuat penghantaran ke Sri Affa Cafe Jalan Teluk Sisek pada bulan November atau December ni.

PDR INC bercadang membuka kiosk disekitar Kuala Lumpur. Kami memerlukan cadangan anda untuk menentukan tempat yg sesuai. Sila vote di sidebar. Cadangan anda sangat dihargai. Terima kasih.

 

blogger templates | By Royal Pudding