19 December 2010

Laksa Pahang

Dua chap laksa cukup utk satu hidangan. Chap bermaksud satu gumpalan laksa dan hanya segelintir org yg pandai membuatnya dengan harga RM7 sekilo.


Bahan-bahan

  • 500g ikan tenggiri
  • 50g ikan tenggiri jeruk (masin)
  • 250g bawang merah
  • 80g bawang putih
  • 40g halia
  • 100g lada kering
  • 4 batang serai
  • 2 sudu makan biji ketumbar
  • ½ sudu makan jintan putih
  • ½ sudu makan jintan manis
  • 100g kelapa parut – dibuat kerisik
  • 3-4 cawan santan pekat
  • 1 cawan air rebusan ikan
  • Laksa beras atau laksa gandum

Untuk hiasan

  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Daun selasih
  • Timun – diparut halus
  • Tauge – dibuang ekor tetapi tidak dicelur
  • Bawang besar – dibelah dua dan dihiris nipis
  • Limau kasturi – dibelah dua dan dibuang biji
  • Telur masin – direbus, dibuang kulit dan dibelah empat
  • Sebuku belacan – dibakar sedikit
  • Lada kering – dilembutkan dan dikisar halus
  • Garam

Cara memasak

  • Ketumbar, jintan putih dan jintan manis digoreng berasingan tanpa minyak sehingga naik bau.
  • Kisar kerisik, bahan-bahan yang digoreng tanpa minyak dan rempah-rempah bersama 1½ cawan santan.
  • Ikan-ikan yang direbus dibuang kulit dan tulangnya. Kisar isi ikan bersama setengah cawan santan.
  • Masak kesemua bahan yang dikisar awal tadi bersama santan yang berlebihan dan air rebusan ikan. Masukkan ikan-ikan yang baru dikisar dan kacau. Reneh di atas api kecil sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
  • Laksa dihidang dengan ulam-ulam dan sambal bersama kuah.
Sumbangan dari Majlis Daerah Pekan

1 comment:

akuanakpahang said...

Salam menu yang sangat sedap disini sukar mendapatkannya.

 

blogger templates | By Royal Pudding