23 September 2015

Menghias Puding Raja

Untuk makluman sempena Hari Raya Haji kedai Royal Pudding (Kuantan) dan bengkel Puding Raja (Pekan) akan ditutup dari 24 hingga 28/09/15. Harap maaf kepada semua pelanggan.


Pertandingan menghias Puding DiRaja ini dibuat atas usahasama PDRinc dan Time Out sebuah syarikat event management. Pada kali ini pertandingan dibuat antara kakitangan syarikat Brunsfield berlangsung pd Hari Kebangsaan yg lepas dibengkel kami diPekan, Pahang.

17 September 2015

Hamper Puding Raja





Hamper ini mengandungi Kuih Bangki, Bahulu Gulung, Kerepek Bawang dan Puding Raja. Terpulang kpd anda kuih tradisional yg hendak dimasukkan kedlm hamper ini. Pihak kami sedia membuat door gift ni mengikut permintaan anda.

10 September 2015

Tempahan Khas Puding Raja




Tempahan ini dibuat khas utk dihidangkan kpd Delegasi Menteri Komunikasi Asean yg berlangsung di Kemaman. Bekas kaca tigasegi ini dibawa sendiri oleh pihak katerer sebanyak 100 bekas. Kami di PDRinc. menerima pelbagai bentuk mangkuk dan bekas berkaki utk dihias dgn Puding Raja.  Tempahan 3 hari awal hendaklah dibuat sebelum penghantaran bekas2 tersebut.
 

blogger templates | By Royal Pudding