Showing posts with label Bahulu. Show all posts
Showing posts with label Bahulu. Show all posts

19 October 2012

Puding Bahulu

 
Puding ini disajikan beserta dgn kuahnya.
Cara hiasan dan kuah sama saperti PDR.
Jarang ditempah oleh pelangan
Yang ni dibuat khas utk TM. 

22 April 2011

Puding Baulu Raja

Hiasan masih sama saperti menghias PDR cuma dihias atas bahulu dan dituangkan kuah sebelum dihidang.

Bahan-bahan

  • 225g tepung gandum
  • 200g gula halus
  • 8 biji telur

Cara memasak

  • Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan tepung ke dalam bancuhan itu dan kacau perlahan sehingga sebati.
  • Sapukan loyang pembakar dengan sedikit marjerin. Masukkan adunan yang telah dipukul ke dalam loyang dan bakar pada suhu ketuhar 175°F sehingga masak.

Bahan-bahan untuk Kuah Puding

  • 250g gula
  • 1 tin (410g) susu cair/sejat
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 3 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanila
  • Daun pandan – disimpul
Cara Memasak

  • Pukul kuning telur bersama susu dan air. Tapis dan kemudian campurkannya bersama gula. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkannya di dalam periuk bersama daun pandan dan masak di atas api kecil sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel.
  • Angkat dari api apabila sudah pekat dan tuangkan ke dalam mangkuk yang lain untuk disejukkan. Masukkan esen vanila.

Cara Menghidang

  • Hiaskan bahulu dengan buah prun, ceri dan urat emas di dalam mangkuk puding dan tuangkan kuah puding ke atasnya sebelum dihidangkan.

27 February 2010

Bahulu Dari Pekan



Terima kasih buat Tengku Nizam kerana sudi menempah bahulu ni untuk rakan2 nya sempena Tahun Baru Cina yg berlangsung baru2 ini.

06 January 2010

Bahulu Mengkasar





Bahulu ini ditempah utk team (Royal Pahang Polo Club) yg akan menyertai pertandingan Thai Polo Open 2010 yg akan diadakan diBangkok. Pada 06/01/10 Royal Pahang menentang Bunga Raya dan pd 10/01/10 Royal Pahang vs Jogo Elevation di Thai Polo & Equestrian Club. Harap2 RPPC menang lagi...

18 October 2008

Bahulu

Bahulu ini dibuat menggunakan 4 biji telur, tepung dan sedikit gula. Campurkan telur yg telah dipecahkan dengan 1/2 cawan gula. Pukul adunan tadi menggunakan mixer selama 10 minit. Kemudian campurkan tepung sebanyak 1 cawan sedikit demi sedikit. Pukul menggunakan tangan sehingga adunan tadi sebati, kemudian masukkan kedalam oven.
Bahulu ini berbeza diantara bahulu cermai ataupun bahulu gulung. Walau pun bentuknya tidak menarik tetapi ia tetap digemari oleh golongan yang tertentu.

Bahulu Gulung Mengkasar

 

blogger templates | By Royal Pudding