19 December 2011

Versi Baru

Tidak lama lagi bagi mereka yg menikmati PDR @ TLG @ AU5 akan dihidangkan menggunakan bekas kaca ni, hanya menantikan chiller yg baru. Dessert lain saperti Cream Brulle dan Tiramisu ada juga dijual disini.

01 December 2011

Meja Pengantin

Untuk meja pengantin kali ni kawan menghidangkan PDR dalam bekas kaca yg kecil2, tidak saperti biasa menggunakan mangkuk yg besar. Dalam keadaan ini hiasannya kekal saperti asal bila dihidangkan bersama-sama dengan kuahnya. Selamat Pengantin Baru Wanie & Barry.

17 November 2011

Puding Raja Mini

Inilah pertama kali kawan menggunakan bekas yg paling kecil sekali. Sebanyak 300 bekas ni sebagai sumbangan kepada pengantin baru Wanie & Barry yg berlangsung diParit Buntar Perak 03 Disember yg lepas. Kepada mereka yg ingin membuat tempahan sempena majlis keraian bolehlah menghubungi kawan seminggu sebelum tarikh penggambilan.

11 November 2011

Irwena & Shafudin

Selamat Pengantin Baru kpd Wenna dan Pudin yg melangsungkan perkahwinan mereka pd 26 November yg lepas. Kawan mendoakan semoga berbahagia dan kekal hingga keakhirnya.
"Dan diantara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan-Nya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri, supaya kamu mendapat ketenangan hati dan dijadikan-Nya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"
Ar-Rum : 21

31 October 2011

Lain-Lain Bekas 1Kg

Tempahan dari sekitar Pekan utk sajian dimajlis pertunangan dan perkahwinan. Walaupun menggunakan bekas yg berbeza tetapi saiz tetap utk 1kg.

05 October 2011

Chilled

Untuk makluman PDR ni perlu disimpan dalam peti ais apa tah lagi kuahnya. Dari hari pembuatannya jika disejukkan boleh tahan sehingga 7 hari. Dicadang keluarkan bekas pisang sahaja pada suhu bilik selama 10 - 20 minit sebelum dimakan dgn mencampurkan kuahnya yg masih sejuk.
Best served chilled.
 

blogger templates | By Royal Pudding