26 January 2011

Pulut Panggang

Pulut panggang ni lain dari tempat lain, dipantai timur intinya dibuat dari isi ikan sahaja. Dulu RM1 dapat la 2 atau 3 batang tapi sejak harga barang naik dah jadi seringgit. Sabor je la ...

Bahan-bahan

  • 1kg beras pulut
  • 5 cawan santan pekat – diperah dari 1.2 kg kelapa parut
  • Daun pisang (untuk membungkus)
  • Lidi – dipotong 2.5sm panjang (untuk membungkus)
  • Garam

    Untuk Lauk

    • Inti Ikan
      • 350g ikan selar kuning – direbus dan diambil isi
      • 150g bawang besar – dibelah dua dan dihiris
      • 20g bawang merah
      • 20g atau 2.5sm halia
      • 1 batang serai
      • 1½ sudu teh halba
      • 1 cawan santan
      • Garam
    • Inti Daging
      • 300g daging lembut – dicincang halus
      • 150g bawang besar – dibelah dua dan dihiris
      • 20g bawang merah
      • 20g atau 2.5sm halia
      • 1 batang serai
      • 1½ sudu teh halba
      • 1 cawan santan
      • Garam

Cara Memasak

Pulut

Basuh beras pulut dan rendam selama 3 jam. Kemudian kukus pulut sehingga masak dan arun dengan cawan santan pekat. Bubuh garam secukup rasa dan gaul dengan rata. Ketepikan.

Inti

Giling ikan atau daging sehingga lumat bersama dengan bawang merah, halia dan serai. Masak bersama bawang besar, halba dan santan pekat yang selebihnya. Kacau sentiasa sehingga kering. Sesuaikan rasa.

Cara menghidang

  • Letak pulut di atas daun pisang. Sudukan inti ikan atau daging kemudian bungkus bulat-bulat dan kemas seperti pulut panggang. Bakar atas bara api lebih kurang 10 minit sehingga masak.
 

blogger templates | By Royal Pudding