10 February 2012

Bunga Pekan

Daerah Pekan telah menjadi ibu Negeri Pahang antara 1686 sehingga 1897 di mana pada ketika itu dikenali sebagai Kerajaan Inderapura. Dalam Bahasa Sanskrit, perkataan ‘pura’ membawa maksud sebagai pekan. Selain menjadi pusat pemerintahan kerajaan, Daerah Pekan ini dahulunya memang terkenal dengan pekan sehari iaitu tempat tumpuan peniaga setiap hari menjalankan pelbagai urus niaga dan jual beli barang dagangan dalam dan luar daerah. Nama Daerah Pekan berasal dari nama sejenis bunga yang dipanggil ‘bunga pekan’ yang banyak tumbuh di tebing-tebing Sungai Pahang satu ketika dahulu. Bunga pekan berwarna putih dan bentuknya seakan-akan bunga melor.

1 comment:

Adry@Daun said...

As salam,
Bunga dalam foto ni dikenali dengan nama Yesterday Today & Tommorow.

 

blogger templates | By Royal Pudding