22 February 2011

Puding Raja SQ5

Tempahan dari pelanggan tetap kawan.
PDR ni menggunakan bekas SQ5 (10''x10'') dan berat antara 900 - 1000 gram. Sesuai utk hidangan keluarga seramai 10 orang. Kami juga menerima tempahan utk jamuan keraian dan juga majlis perkahwinan. Hidangan utk meja pengantin sebagai pencuci mulut akan dihias didalam bekas kaca atau pun bekas pilihan pelanggan sendiri. Sementara kuahnya menggunakan botol 600 ml.

19 February 2011

Label & Signboard

Banner ni diletakkan dioutlet2 PDR
Signboard utk memudahkan pelanggan mencari rumah kawan
Stickers utk bekas PDR 10oz & SQ5
Setelah sekian lama menjual PDR, baru2 ini kawan mendapat arahan dari Pihak Berkuasa Tempatan PBT utk meletakkan label pada semua produk kami. Menggunakan tema warna hitam dan putih bagi mewakili warna bendera Negeri Pahang dan juga logo mahkota dimana tempat kawan mula berniaga di Mahkota Square.


12 February 2011

MRSM Pekan

Terletak bersebelahan dengan SBPI Pekan
Bangunan pentadbiran dan kelas
Makmal dan bangunan pelbagai
Surau
Perumahan guru dan kakitangan sekolah
Asrama utk penuntut lebih kurang 600 orang
Kantin sekolah yg mendapat taraf A dari segi kebersihan
Selepas bulan Ramadan yg lalu, kawan mendapat tawaran utk menghantar kuih ke MRSM. Penghantaran pada sebelah petang dan juga malam. Jenis2 kuih bergantung pd jadual yg telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti Kuih Talam, Popia Goreng, Karipap Ayam, Puding Roti, Kusui, Puteri Ayu, Kuih Bakar, Donut, Pau Ayam dan bermacam2 lagi ... lebih kurang 30 jenis utk 30 hari.

05 February 2011

Temosa Raja


Bahan-bahan

  • 450g isi ayam – dipotong dadu kecil
  • ½ cawan santan pekat
  • 75g bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 15-20g lada kering
  • 2.5sm halia
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • ½ sudu besar jintan putih
  • ½ sudu besar jintan manis
  • 5 biji telur – direbus dan dihiris bulat
  • Garam dan gula

Untuk Pastri

  • 300g tepung gandum
  • 75g marjerin
  • 2 biji kuning telur
  • ½ cawan air

Cara memasak

  • Inti
    • Masukkan semua bahan-bahan kecuali telur yang dihiris ke dalam periuk dan masak sehingga pekat dan pecah minyak.
  • Pastri
    • Bancuh marjerin, kuning telur dan air. Masukkan tepung dan uli sehingga sebati. Ambil sedikit adunan dan canai nipis-nipis. Terapkan adunan kepada kepingan-kepingan yang bulat. Ambil satu daripada kepingan itu dan letakkan hirisan telur di atasnya, diikuti dengan sedikit inti dan tambah lagi sehiris telur di atasnya. Kemudian ambil satu kulit temosa lagi dan tutupkan ke atas inti tadi. Kelim bahagian tepi kulit temosa tersebut. Setelah siap, goreng dalam minyak panas yang banyak sehingga kekuningan.

01 February 2011

Mahkota Square

Inilah bangunan Mahkota Square kepunyaan PASDEC yg bernilai RM20juta. Tapak meletak kenderaan inilah lokasi bazaar ramadan setiap tahun. Tahun lepas adalah tahun ke4 kawan menjual aneka jenis puding. Lokasinya bersesuaian kerana terletak ditengah2 pusat bandar dan berdekatan dgn Masjid Besar.
Aissya turut membantu bila cuti sekolah jadi dapatlah kawan berehat sambil membuat persiapan untuk hari esok.
Puding Buih ni adalah salah satu drp pelbagai jenis puding yg terdapat digerai kawan yg bernombor 187 dekat dgn Taman Kerang. Rasa2 nak tambah menu baru la ... Puding Tapai, Puding Roti dan Keramel.
Bercerita pasal Mahkota Square ... kawan mendapat idea utk menggunakan simbol mahkota untuk logo PDR


26 January 2011

Pulut Panggang

Pulut panggang ni lain dari tempat lain, dipantai timur intinya dibuat dari isi ikan sahaja. Dulu RM1 dapat la 2 atau 3 batang tapi sejak harga barang naik dah jadi seringgit. Sabor je la ...

Bahan-bahan

  • 1kg beras pulut
  • 5 cawan santan pekat – diperah dari 1.2 kg kelapa parut
  • Daun pisang (untuk membungkus)
  • Lidi – dipotong 2.5sm panjang (untuk membungkus)
  • Garam

    Untuk Lauk

    • Inti Ikan
      • 350g ikan selar kuning – direbus dan diambil isi
      • 150g bawang besar – dibelah dua dan dihiris
      • 20g bawang merah
      • 20g atau 2.5sm halia
      • 1 batang serai
      • 1½ sudu teh halba
      • 1 cawan santan
      • Garam
    • Inti Daging
      • 300g daging lembut – dicincang halus
      • 150g bawang besar – dibelah dua dan dihiris
      • 20g bawang merah
      • 20g atau 2.5sm halia
      • 1 batang serai
      • 1½ sudu teh halba
      • 1 cawan santan
      • Garam

Cara Memasak

Pulut

Basuh beras pulut dan rendam selama 3 jam. Kemudian kukus pulut sehingga masak dan arun dengan cawan santan pekat. Bubuh garam secukup rasa dan gaul dengan rata. Ketepikan.

Inti

Giling ikan atau daging sehingga lumat bersama dengan bawang merah, halia dan serai. Masak bersama bawang besar, halba dan santan pekat yang selebihnya. Kacau sentiasa sehingga kering. Sesuaikan rasa.

Cara menghidang

  • Letak pulut di atas daun pisang. Sudukan inti ikan atau daging kemudian bungkus bulat-bulat dan kemas seperti pulut panggang. Bakar atas bara api lebih kurang 10 minit sehingga masak.

25 January 2011

Pekan Sehari

Terletak bersebelahan dgn Sekolah Ahmad Shah, disinilah kawan mendapatkan stock pisang lemak manis setiap pagi Sabtu dengan harga RM3.50 sekilo. Pisang ni memang mendapat sambutan warga Pekan, kalau lambat pasti melepas. Agaknya ramai yg buat puding kot ... Terbahagi kepada 2 bahagian, sebahagian lagi menjual barangan borong spt baju, jeans, tudung, kain pelikat/batik, sejadah dan pakaian kanak2. Harga tak mahal, kualiti pun boleh tahan la.
 

blogger templates | By Royal Pudding